Thursday, April 28, 2011

cara-cara menjawab panggilan telefon

Disini tertulis cara -cara menjawab telefon dengan betul...tolong jadikan panduan

1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please?
Jawapan: maap.sini bukan balai polis.

2. Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..

3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.

4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.

5. Soalan: haloo, mak ade rumah?
Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

6. Soalan: haloo timah, buat ape tu?
Jawapan: kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni..

7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan
perkhidmatannye... time kacih.

8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap

9. Soalan: halloo......
Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?

10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...
Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.

11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le
tu.

12. Soalan: assalammualaikum...
Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite
wajib jawab)

Senarai Kesyukuran saya

1.Saya bersyukur atas kewujudan broadband di rumah.

2.Saya bersyukur saya dilahirkan sempurna fizikal dan mental. Sihat walafiat.

3.Saya bersyukur saya dah timba banyak pengalaman dalam usia yang muda.

4.Saya bersyukur saya selalu didatangi kesedaran untuk berhenti modelling.

5.Saya bersyukur saya tak anti-sosial mahupun batak-sosial.

6.Saya bersyukur kucing saya gebu dan bulu tidak gugur dan melekat di bibir saya apabila cium.

7.Saya bersyukur saya tidak menghidap penyakit kronik.

8.Saya bersyukur emak memberi nama basyirah dan bapa memberi nama irah. Instead of Sofea Natasya yang mereka hampir beri. Pergh.

9.Saya bersyukur saya boleh duduk paling belakang dalam kelas, dan tak perlu ke depan setiap kali nak menyalin sesuatu (tajam penglihatan).

10.Saya bersyukur saya dapat kongsi senarai kesyukuran saya dengan raaamai orang.

11.Saya bersyukur belog saya boleh diterima ramai.

12.Saya bersyukur followers saya ada 129 orang.

13.Saya bersyukur fashion sense saya at least boleh digunapakai.

14.Saya juga bersyukur sense of humour saya atleast boleh digunapakai dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

15.Saya bersyukur saya boleh kata didikan ibubapa saya bagus.

16.Saya bersyukur adik-adik lelaki saya masih suka bercerita perihal sekolah kepada saya setiap kali pulang dari sekolah, dan suka dengar nasihat saya tentang yang mana boleh kawan dan yang mana bakal pengaruh buruk.

17.Saya bersyukur saya reti hargai makanan enak-enak dan mampu makan tanpa risau berat badan.

18.Saya bersyukur jerawat hanya selalu timbul di dahi, bukan di hidung dan badan.

19.Saya bersyukur emak hias bilik saya sangat cantik dan girlish macam saya idam 
 
20.Saya bersyukur bapa tidak kahwin empat.

21.Saya bersyukur hidup saya penuh dengan cinta dan kasih sayang.

22.Saya bersyukur ibubapa memberi peluang bagi saya mencuba benda-benda baru dan memberi kepercayaan kepada saya untuk menjaga akhlak.

23.Saya bersyukur ayah saya pemurah dan suka belanja McD breakfast.

24.Saya bersyukur saya pernah pakai pemeluk/pendakap gigi.

25.Saya bersyukur umur saya baru 12 tahun.

26.Saya bersyukur dalam keadaan kesempitan wang, emak hebat mengolah bahan makanan dan setiap hari still mampu makan sedap-sedap.
 
27.Saya bersyukur sebab saya tiada masalah jerawat yang kronik

28.Saya bersyukur ps2 boleh main empat controllers.

29.Saya bersyukur saya pernah masuk Malaysian Dreamgirl dan timba pengalaman, dan jumpa ramai orang yang best.

30.Saya bersyukur dapat duduk di kawasan perumahan yang amai damai, di mana semua jiran saling kenal-mengenali, bertukar-tukar makanan, kunjung-mengunjung dan bergosip.

31.Saya bersyukur walaupun saya tak berapa cantik, tapi masih ada angle muka saya yang boleh digunapakai bagi bergambar untuk tontonan umum.

32.Saya bersyukur walaupun bibir saya dan pipi selalu kena gigit nyamuk, tapi saya tidak hidapi demam denggi.

33.Saya bersyukur saya dapat kongsi kisah hidup di belog ini dan pembebelan saya masih dilayan.

34.Saya bersyukur masih ada orang di luar sana yang ambil masa seketika untuk menghantar email-email menceriakan hati saya.

35.Saya bersyukur saya ada tempat untuk mengadu dan berkongsi suka-duka.

36.Saya bersyukur sebab saya tidak gemuk walapun kuat makan

37.Saya bersyukur ditemukan dengan The cute, iaitu kumpulan rakan-rakan saya yang alim, pandai, baik tetapi lawak dan havoc dengan caranya tersendiri.

38.Saya bersyukur saya seorang yang pemaaf.

39.Saya bersyukur Allah letakkan ketakutan dalam diri saya.

40.Saya bersyukur saya masih tinggal di Malaysia dan mempunyai kewarganegaraan Malaysia.

41.Saya bersyukur saya masih dara.

42.Saya bersyukur dilahirkan dalam keluarga Islam.

43.Saya bersyukur mempunyai bapa yang sangat reasonable, rasional dan wise.

44.Saya bersyukur kita boleh ke hotel-hotel di Malaysia tanpa risaukan pengeboman.

45.Saya bersyukur akan kewujudan Nurul aqilah dan Nurun nazrin
 
46.Saya bersyukur hadijah dan saya sudah suka chat tengah malam.

47.Saya bersyukur ada 2 orang adik beradik dan dapat melancong dengan begitu meriah hanya dengan keluarga.

48.Saya bersyukur saya pernah menonton Ada Apa Dengan Cinta untuk berasa bangga mempunyai datuk warga Indonesia.

49.Saya bersyukur dengan memori saya yang agak kuat (walaupun pendek) dan mampu skor peperiksaan dengan baik walau hanya belajar satu malam.

50.Saya bersyukur emak saya seorang yang gigih dan suka belajar. Kami untung sebab ibu kalau cuba apa-apa makanan baru, pasti dia pulang ke rumah dan buat yang lebih baik.

51.Saya bersyukur tiada cikgu yang pernah palang saya atau baling buku saya ke luar kelas yang mungkin akan membuat saya benci alam persekolahan.

52.Saya bersyukur saya seorang perempuan. Boleh pakai make up tanpa dicemuh.

53.Saya bersyukur rambut saya straigh? Dan rambut bangun tidur saya boleh dibawa ke majlis.

54.Saya bersyukur walaupun saya gemar gila menyakat adik lelaki saya, dia masih cari saya untuk tidur malam.

55.Saya bersyukur belog-belog yang saya suka, rajin diupdate.

56.Saya bersyukur dengan tubuh badan yang saya miliki.

57.Saya bersyukur ramai orang rajin layan kerenah saya.

58.Saya bersyukur yang saya bersyukur saya seorang perempuan dan tidak memberontak dengan rambut cacak serta suara kasar.

59. Saya bersyukur anda masih membaca.
60. Saya bersyukur saya selalu berpeluh kerana saya tahu badan sedang berfungsi dengan baik mengeluarkan toksin.
61. Saya bersyukur kerana saya pandai masak


62. Saya bersyukur saya selalu bersyukur.

63. Saya bersyukur saya tidak boleh nampak benda ghaib.

64. Saya bersyukur saya tidak tinggal di tepi loji lagi dah. Eh pernah ke? Takpe bersyukur je.

65. Saya bersyukur benda yang saya masak selalunya boleh dimakan.
  
Andaikata saya diuji dan salah satu dari nikmat di atas ditarik dari saya, saya bersyukur saya masih boleh kata, atleast saya masih ada 65 perkara untuk disyukuri. Kongsi kesyukuran anda kerana kesyukuran anda mampu jadi inspirasi untuk orang lain, apa yang anda syukuri?. So